SEJARAH PENUBUHAN KELAS TINGKATAN 6 SMKJ2 1987
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Foto sumbangan Puan Rohana Md Ripin
Pada tahun 1987, Jabatan Pelajaran negeri
Pahang telah membuka sebuah lagi kelas Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Menengah
Jengka 2, dekat Bandar Pusat Jengka. Kumpulan pertama seramai 36 orang pelajar
sekolah itu ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran bagi menduduki kelas
Tingkatan 6 Rendah aliran Sastera. SMK Jengka 2 merupakan sekolah luar bandar
yang pertama mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri untuk memuka
kelas Tingkatan 6, bagi menempatkan belas pelajar yang lulus Sijil Pelajaran
Malaysia tahun lepas. Sebelum ini pelajar SMK Jengka 2 terpaksa melanjutkan
pelajaran Tingkatan 6 mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran atau di
Kuantan.[1]
Menurut Puan Rohana Mat Ripin pelajar
perintis Tingkatan 6 Rendah Sastera 1987, Kelas Tingkatan 6 Rendah mula dibuka
pada tahun 1987. Seramai 39 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang
pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan telah melapor diri di Tingkatan 6
Rendah Sastera.[2]Menurut
Abdul Rahim bin Haji Mohamad, PengetuaSMK Jengka 2 ketika itu, satu sejarah
yang perlu dicatat ialah tertubuhnya kelas Tingkatan 6 Rendah Sastera yang
dipelopori oleh 39 orang pelajar. Pada 4 Mei 1987 pelajar-pelajar Tingkatan 6
Rendah Sastera mula melapor diri. Pada tanggal 25 Mei 1987 pengubahsuaian bilik
telah dibuat di Blok E bagi penempatan pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera.[3]
Menurut Puan Rohana Mat Ripin, antara
pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera ketika itu ialah Zakuan Che Yusof, Abdul
Rashid Mat, Noraini Osman, Sarina Idrus, Zuraida Hashim, Ajura Ahmad, Rosli Md
Din Mior Sharifuddin M. Yaakob.[4]Ketua
Tingkatan 6 Rendah Sastera ialah Manizam bin Musa, manakala Guru Tingkatan 6
Rendah Sastera pula ialah Puan Sarimah binti Mohamad.[5]