Sabtu, 23 Julai 2016

PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 TAHUN 1988

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.
Pada tahun 1988 jumlah kelas tingkatan 6 meningkat kepada satu kelas 6 Rendah dan satu kelas 6 Atas Sastera. Calon STPM 1988 ialah seramai 36 orang. Mereka mengambil mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah, Geografi dan Ekonomi. Pengajian Am ketika itu merangkumi Kertas 1 dan Kertas 2, Bahasa Malaysia pula merangkumi Bahasa Malaysia Kertas 1 dan Kertas 2, Sejarah pula merangkumi Sejarah Ketas 2 dan Kertas 4, subjek Geogafi pula merangkumi Geografi Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 4, manakala subjek ekonomi merangkumi Ekonomi   Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3.[1]

      Pelajar sulung STPM ahun pertama iaitu tahun 1988 mencatat sejarah kerana mendapat kelulusan 100%.[2] Daripada 35 orang pelajar , 4 orang mendapat 5P dan seamai 7 orang pelajar telah ditawarkan masuk ke universiti.[3]

Pelajar terbaik STPM tahun 1988 yang mendapat 5P ialah Ajura bt Ahmad, Noraini bt Osman, Rosli bin Hama dan Zuraida Ibrahim.[4] Selain itu, pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti pada tahun 1988 ialah Noraini binti Osman yang melanjutkan pelajaran ke USM, Sarina binti Idrus ke USM, Abdul Rashid bin Mat ke UKM, Mohamad Zakuan Che Yusuf ke UKM, Zuraida Hashim ke UKM, Rohana binti Mat Ripin ke UKM, Ajura binti Ahmad ke UM, Rosli Md Din ke UM, dan Mior Sharifuddin M. Yaakob ke UITM.[5]




[1] Majalah Jaya 1898, 19.
[2] Majalah Jaya 2003 Edisi Jubli Perak, 25.
[3]Majalah Jaya  1989, 13.
[4]Ibid,23.
[5]Ibid,25.

PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 TAHUN 1987

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
      Pada tahun 1987 Kelas Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, cuma terdapat satu kelas sahaja. Kelas yang dibuka ialah Tingkatan 6 Rendah Sastera, Puan Saimah Binti Mohamad telah dilantik menjadi Guru Tingkatan.Menurut Puan Rohana Mat Ripin pelajar perintis Tingkatan 6 Rendah Sastera 1987, Kelas Tingkatan 6 Rendah mula dibuka pada tahun 1987. Seramai 39 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan telah melapor diri di Tingkatan 6 Rendah Sastera.[1]

    Kelas pertama Tingkatan 6 Rendah dibuka di blok D, tingkat 1


[1]Temu ramah bersama Puan Rohana Mat Ripin pada 1Mac 2010.

Jumaat, 22 Julai 2016

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah 2016 diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar, guru dan ibu bapa. Majlis ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara semu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dan guru-guru yang mengajar di SMK Jengka 2. Majlis bermula pada 7.40-8.30 pagi dengan bacaan Yassin dan yang ketuai oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Yassin.

   Tajuk ceramah-Menyahut Cabaran Zaman.

 

      Majis diteruskan dengan Ceramah Bina Insan oleh Usaz Noazli Azi dari Jabatan Hal Ehwal Khas JASA Negeri Pahang. Beliau berasal dari Felda Jengka 2 dan merupakan rakan sekelas Cikgu Hassan Sanusi Musa semasa menuntut di SK Jengka 2. . Beliau merupakan graduan lepasan Univeriti Sumatera Utara Medan Indonesia.[1]


     Para pelajar khusyuk mendengar ceramah Ustaz Azli Aziz
    blogger menemuramah Usaz Azli.
bloger bergambar bersama Ustaz Norazli Aziz
   


[1] Temu ramah dengan Ustaz Norazli Azizi pada 22 Julai 2016.Antara kandungan utama ceramah beliau ialah pelajar wajib menghargai jasa dan menghormati kedua ibubapa.



PELAJAR CEMERLANG STPM TAHUN 2004

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


Fazilah Osman merupakan anak kepada En Osman jaga SMK Jengka 2 tahun 2008-2010, beliau merupakan peneroka baru yang tinggal di No 489, Felda Jengka 2.

Khamis, 21 Julai 2016

BARISAN TENAGA PENGAJAR SESI PAGI SMK JENGKA 2 TAHUN 1999

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Tahun keempat di SMK Jengka 2,saya berdiri pading kiri sekali.Guru-guru yang mengajar Tingkatan 6 ialah En Ayob Khan bin Ahmad,allahyarham Muhammad Zain bin Mat,En Zakuan Che Yusoff, Puan Arfah Ahmad,,En Ahmad bin Yaakob, Mohd Farid Mohd Ariff, Puan Siti Perwani Abdul Ghaffar, Puan Rosmawati Mohd Amin,En Shukri Sulaiman,allahyarhamah Puan Nazilah Nawi, En. Rusly Musa, Puan Mas Ibrahim dan Puan Rohana Mohd Hussin.  

      Hanya lapan orang guru sesi pagi tahun 1999 sahaja yang masih kekal mengajar di SMK Jengka 2 ialah Ahmad bin Yaakob (bekas GPK Kokurikulum), Aznan Awang Kechik, En Darussalam Taib , , (sekarang GPK 1), Ustaz  Wan Zakaria Wan Ngah, Puan Idawati Yusof  dan  Puan Noraini Hamid.

Selasa, 19 Julai 2016

SKM JENGKA 2 LIMA KALI MENCATAT KELULUSAN STPM 100%

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
 
BARISAN PELAJAR STPM SMKJ2 TAHUN 1988

TAHUN
PERATUS
LULUS
1988
100%
1996
100%
1997
100%
1998
100%
2002
100%
Berdasarkan statistik sejak 28 tahun calong-calon STPM  mengambil Peperiksaan STPM, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 berjaya mencatat kelulusan 100% sebanyak lima kali. Kali pertama generasi sulung STPM 1988 mencatat rekod kelulusan 100%. Pada tahun 1990-an SMK Jengka 2 mencapai kelulusan 100% sebanak tiga kali berturut-turut iaitu pada tahun 1996,1997 dan 1998. Dalam era millenium SMK Jengka 2 mencatat kepuusan 100% pada tahun 2002. Saya merasa beruah kerana dapat mengajar pelajar-pelajar kelompok cemerlang ini pada tahun 1996,1997,1998 dan ahun 2002. 

Selasa, 12 Julai 2016

MEMORI KAPAL TERBANG BAJA TERHEMPAS DI SMK JENGKA 2 TAHUN 1979

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Menurut Tuan Haji Ibrahim Mohamad, Guru Besar pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 sebuah kapal terbang kecil milik Felda telah jatuh di koridor  tingkat dua bangunan blok B pada 19 Januari 1979. Ketika itu beliau berada di Bilik Guru Besar dan mendengar dentuman kuat objek yang tidak diketahui jatuh di atas bangunan sekolah. Beliau  telah membuat laporan dan menuntut ganti rugi daripada pihak pengurusan Felda.[1]




[1] Temu ramah dengan Haji Ibrahim Mohamad pada 7.8.2015 

NOSTALGIA JAMUAN AKHIR TAHUN 6 ATAS HAMKA TAHUN 1998

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Jamuan akhir tahun 6 Atas HAMKA 1998 diadakan di Bahagian Atas Pasarayan Mat Sapak. Antara guru yang hadir ialah allahyarham Muhammad Zain Mat, Cikgu Ayob Khan bin Ahmad dan cikgu Ahmad bin Yaakob. Ketua Tingkatan Tingkatan 6 Atas Hamka ialah Wan Muhaidi bekas pelajar sekolah agama yang berasal dari Felda Jengka 4.Wan Muhaidi, Fuad Jali, Yuzaimi dan Afzainizam Sandiman berjaya melanjutkan pelajaran kw UKM dan UPM.

                                      



Isnin, 11 Julai 2016

MENJEJAK KUBUR SEPUTUM

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
R&D Merdeka 2014
Kubur Seputum merupakan tempat pertama  yang saya lawati sebaik sahaja menginap di Resort Pasir Salak.Nama Seputum ditulis sebagai Si Puntum di Makam Tanah Perkuburan Pasir Salak Kubur Seputum terletak di kawasan Tanah Perkuburan di Pasir Salak bersebelahan dengan Kompleks  Sejarah Pasir Salak. Menurut Abdullah Zakaria Ghazali dalam artikelnya yang bertajuk, "Pembunuhan JWW.Birch :Suatu Kajian Tentang Pembunuhnya," menyatakan Seputum merupakan salah seorang pembunuh JWW Birch pada 2 November 1875.Pembunuh yang lain ialah Pandak Induk, Kulub Ali, Panjang Bur dan Ngah Jabor. Seputum telah menetak Birch dengan pedang di kepala. Seputum dibicarakan dijatuhkan hukuman gantung pada 20 Mei 1876


Menurut Abdullah Zakaria Ghazali dalam artikelnya yang bertajuk, "Pembunuhan JWW.Birch :Suatu Kajian Tentang Pembunuhnya," menyatakan Seputum merupakan salah seorang pembunuh JWW Birch pada 2 November 1875.Pembunuh yang lain ialah Pandak Induk, Kulub Ali, Panjang Bur dan Ngah Jabor. Seputum telah menetak Birch dengan pedang di kepala. Seputum dibicarakan dijatuhkan hukuman gantung pada 20 Mei 1876.

  MALAM SEPUNTUM

Ahad, 10 Julai 2016

JEJAK SEJARAH DI PASIR SALAK

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
KOMPLEKS SEJARAH PASIR SALAK R&D MERDEKA 2014
Pintu Masuk Kompleks Sejarah Pasir Salak
Kompleks Sejarah Pasir Salak terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh DYTM Raja Nazrin Shah, Pemangku Raja Perak, pada 26 Mei 1990 dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 5 Julai 2004. Kompleks ini merupakan memorial terpenting kepada sejarah terbilang Pasir Salak dan rakyat Negeri Perak.[1] I

       Konsep asal penubuhannya merupakan satu bentuk rakaman sejarah yang memperingatkan betapa pentingnya peristiwa berdarah Pasir Salak yang dianggap sebagai asas permulaan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Pembunuhan Residen British, JWW Birch telah mencetuskan peperangan di antara pihak Pentadbiran Kolonial British dengan orang Melayu.[2]

       Perjananan saya menjejak sejarah bermula dengan bertolak dari Bandar Tun Razak Jengka jam 10.00 pagi ke UPSI untuk mengambil anak saya yang akan membawa kami ke Pasir salak. Projek ini merupakan persiapan awal untuk saya mengadakan pameran dan ceramah sempena Sambutan Hari Merdeka di SMKJ2. Saya mengambil masa selama dua hari iaitu hari Sabtu 21 Disember 2013 hingga Ahad 22 Disember 2013 untuk menjejak Sejarah Pasir Salak. Saya dan keluarga menginap di Pasir Salak Resort.
Pintu masuk Resort Pasir Salak
RESORT PASIR SALAK
Bergerak ke Bilik Penginapan
 Bilik 221-A Maharaja Saamah
Rumah penginapan

Kemudahan di bilik tidur
Surau berdekatan Pasir Salak Resort
 Kemudahan Kolam Renang
 Pemandangan sekitar resort
Kawasan pejalan kaki di tebing Sungai Perak





[1]Pamlet Kompleks Sejarah Pasir Salak, hlm.1
[2] ibid

SEJARAH PEMBUKAAN FELDA JENGKA 3

Oleh Ahmad Yaakob
R&D Sejarah Felda Jengka 3 merupakan sebahagian daripada penyelidikan yang saya jalankan untuk memenuhi tugas R&D Guru Akademik Tingkatan 6 SMK Jengka 2.


 PINTU GERBANG MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN KE FELDA JENGKA 3
FELDA JENGKA 3 MENGHARGAI PENGUNJUNG YANG DATANG
Felda Jengka tiga merupakan salah sebuah Felda yang terletak di dalam daerah Maran. Jengka Tiga di beri nama Felda Seri Dahlia . Felda Jengka tiga ditubuhkan pada tahun 1967 / 1968. Felda ini mempunyai kawasan tanaman seluas 1768.01 hektar manakala kawasan kampung pula seluas 130.50 hektar. Felda ini dibangunkan pada 1970 dan pada 1971 para peneroka mula membina penempatan sendiri.

              Dasar kemasukan peneroka ke Felda Jengka 3 sama seperti syarat kemasukan peneroka ke Felda lain. Peserta rancangan Felda Jengka 3 yang digelar Peneroka felda dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar. Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan antara umur 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk berladang.Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 m²) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya.[Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²) di sebuah kampung terancang yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika, infrakstruktur asas seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan kemudahan tersebut kini diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.

       Felda ini mempunyai empat peringkat iaitu peringkat satu mempunyai 116 orang, peringkat dua mempunyai 197 orang, peringkat  tiga mempunyai 95 orang dan peringkat empat 22 dan jumlah penduduk Felda Dahlia ialah 430 orang, di mana 429 orang ialah Melayu dan sekeluarga India. Di Felda Dahlia terdapat penduduk asal Negeri Pahang iaitu seramai 165 orang dan daripada negeri lain seperti Selangor seramai 70 orang, negeri Kedah 67 orang,  negeri Kelantan 65 orang, negeri Perak 37 orang dan negeri-negeri lain pula 26 orang.Hasil usaha yang gigih seramai 430 peneroka telah berjaya menerima surat hakmilik mereka.Orang Melayu Kelantan merupakan etnik ketiga yang paling ramai menjadi peneroka di Felda Jengka 3.




MAKAM SEPUTUM DI PASIR SALAK PERAK

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Untuk R&D sempena Sambutan Hari Merdeka peringkat Sekolah 2013 saya memutuskan untuk membuat Penyelidikan sejarah di Pasir Salak.Pada 21 Disember 2013 saya bersama keluarga telah bertolak dari Bandar Tun Razak Jengka untuk membuat penyelidikan sejarah di Kompleks Sejarah Pasir Salak. Ini menyebabkan tiga hari saya tidak dapat menulis di Blog.Tempat sejarah pertama yang saya temui ialah Makam Seputum. Menurut Abdullah Zakaria Ghazali dalam artikelnya yang bertajuk, "Pembunuhan JWW.Birch :Suatu Kajian Tentang Pembunuhnya," menyatakan Seputum merupakan salah seorang pembunuh JWW Birch. Pembunuh yang lain ialah Pandak Induk, Kulub Ali, Panjang Bur dan Ngah Jabor. Seputum telah menetak Birch dengan pedang. 

MEMORIAL SEPUTUM

MAKAM SEPUTUM

AL-FATIHAH UNTUK PAHLAWAN SEPUTUM

Sabtu, 9 Julai 2016

Keputusan STPM memberangsangkan

ARKIB : 24/03/2000
Keputusan STPM memberangsangkan
KUALA LUMPUR 23 Mac - Beberapa buah sekolah di seluruh negara mencatat keputusan memberangsangkan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 1999.

Di Negeri Sembilan, tujuh buah sekolah menengah mencatatkan kelulusan 100 peratus.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kusaini Hasbullah berkata, ketujuh-tujuh sekolah itu mencatat keputusan cemerlang dengan pencapaian empat dan lima prinsipal.

Sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan, Labu; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Paul, Seremban; SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah; SMK Dato' Undang Musa Al-Haj, Kuala Klawang; SMK Agama Sh. Hj. Mohd. Said, Seremban; SMK Dato' Sedia Raja, Rembau dan SMK Za'ba Kuala Pilah.

SMA Persekutuan Labu terus unggul apabila mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 87 peratus bagi calon yang lulus penuh dengan lima prinsipal.

Sejumlah 1,069 yang menduduki peperiksaan STPM tahun lalu dan sebanyak 1,044 pelajar atau 97.6 peratus lulus.

''Jumlah ini menunjukkan penurunan sebanyak 1.2 peratus berbanding 98.9 peratus yang dicatatkan pada keputusan peperiksaan STPM tahun 1998,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Seremban hari ini.

Di PERLIS, sebanyak lima daripada 10 buah sekolah di negeri itu mencapai keputusan 100 peratus lulus penuh.

Pemangku Pengarah Pendidikan Perlis, Sulaiman Ismail berkata, lima buah sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Arau, SMK Agama Perempuan Kangar, SMK Datuk Sheikh Ahmad, SMK Perlis dan SMK Syed Alwi.

Menurutnya, bilangan pelajar yang lulus penuh sekurang- kurang satu prinsipal pula ialah sebanyak 313 calon, atau 94.85 peratus daripada 330 calon yang menduduki peperiksaan itu.

Bilangan calon di Perlis yang memperoleh kelulusan lima prinsipal ialah seramai 74 calon.

''SMK Agama Arau memperoleh peratus calon yang mencapai keputusan lima prinsipal tertinggi iaitu 53.85 peratus.

''Sekolah agama itu juga mencatat peratus peningkatan pencapaian lima prinsipal iaitu kosong peratus kepada 53.85 peratus,'' katanya.

Sulaiman berkata, sekolah-sekolah lain yang mencatat peratus peningkatan pencapaian lima prinsipal ialah SM Datuk Sheikh Ahmad sebanyak 12.44 peratus dan SMK Syed Saffi pula 7.43 peratus.

Beliau memberitahu, calon terbaik keseluruhan peperiksaan STPM tahun lalu di negeri ini ialah Leera Leman Che Leman dari SMK Derma yang memperoleh 4A dan 1C.

Calon terbaik bagi aliran Sains iaitu Keng Pei Sin dari SMK Perlis yang memperoleh 3A, 1C dan 1R.

Sementara itu di Terengganu, sebanyak 1,070 daripada kesemua 1,140 calon STPM tahun lalu memperoleh keputusan lulus penuh.

Keputusan itu juga menunjukkan peningkatan dari segi jumlah lulus penuh iaitu sebanyak 0.74 peratus berbanding pencapaian tahun sebelumnya.

Ketua Penolong Pengarah (Sektor Pengurusan Akademik) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Ismail @ Mohd. Ali Muda berkata, mereka mendapat keputusan itu dengan sekurang-kurangnya lulus satu prinsipal.

Menurutnya, selain itu, sebanyak 46 calon lulus sebahagian manakala tiga calon gagal.

Katanya, enam sekolah mencatat keputusan seratus peratus iaitu SMK Padang Midin, Kuala Terengganu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut, SMK Nasiruddin Shah, Besut, SM Agama Durian Guling, Marang, SM Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu, dan SMK Tengku Ibrahim, Setiu.

Bagaimanapun kata beliau, tiada pelajar mendapat kelulusan penuh 5A dalam semua mata pelajaran.

Di Melaka, sebanyak 1,016 pelajar calon STPM 1999 berjaya dalam peperiksaan tersebut dengan lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Peratusan yang lulus berkurangan sedikit berbanding pada 1998.

Peratusan yang lulus dalam STPM kali ini ialah 98.55 peratus, kurang 0.12 peratus berbanding 98.66 peratus pada 1998.

Pengarah JPN Melaka, Sairi Tahir berkata, sebanyak 14 pelajar memperoleh 5A semua kertas yang diduduki.

''Daripada jumlah tersebut, 11 calon adalah dari SMK Tinggi Melaka, dan setiap seorang dari SMK Yok Bin, SMK Munshi Abdullah dan SMK Gajah Berang,'' katanya.

Bilangan yang mendapat 5A pada tahun lalu juga berkurangan jika dibandingkan sebanyak 28 pelajar pada tahun 1998, kata Sairi.

Beliau berkata, sebanyak sembilan buah sekolah mencatat kelulusan 100 peratus.

Di Sabah pula, seramai 2,501 atau 83.59 peratus daripada 2,824 calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran, sekaligus melayakkan mereka memohon masuk ke universiti.

Pengarah JPN Sabah, Datuk Dr. Hasbullah Mohd Taha berkata, seramai 2,992 pelajar mengambil peperiksaan itu tahun lepas dan daripada jumlah itu 2,824 telah mencapai keputusan lulus penuh.

''Keputusan peperiksaan STPM tahun lepas amat membanggakan dengan pencapaian 94.39 peratus lulus atau 2,824 calon telah mencapai keputusan lulus '' katanya.

Dr. Hasbullah berkata, sebanyak 28 buah sekolah telah mencatatkan kelulusan tinggi mengatasi pencapaian peringkat kebangsaan iaitu 91.18 peratus dengan Sekolah St. Mary Sandakan mencatat keputusan tertinggi iaitu 99.07 peratus lulus.

Di Johor, calon STPM yang lulus penuh dalam semua lima mata pelajaran meningkat kepada 1,120 berbanding hanya 972 calon pada 1998.

Pengarah JPN Johor, Rashdi Ramlan berkata, calon yang memperoleh lima A dalam semua mata pelajaran juga meningkat kepada 21 calon pada 1999 berbanding 18 calon pada tahun 1998.

Menurutnya, calon terbaik dari negeri ini ialah Chew May Yeen dari Sekolah Menengah Tinggi Segamat dan Kuan Pei Pei dari SMK Datuk Sri Amar Diraja, Muar dengan memperolehi gred 1 dan 2 bagi setiap kertas yang diambil.

''Sebanyak 15 buah sekolah kerajaan telah mencapai kelulusan 100 peratus dengan calon lulus penuh sekurang-kurangnya dalam satu mata pelajaran, manakala yang sekolah lain memperoleh peratusan melebihi 80 peratus,'' katanya dalam satu kenyataan akhbar.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_04.htm#ixzz4DyxcHAia © Utusan Melayu (M) Bhd

Kualiti keputusan STPM meningkat

ARKIB : 23/03/2000
Kualiti keputusan STPM meningkat
KUALA LUMPUR 22 Mac - Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini menunjukkan peningkatan kualiti dan bilangan calon yang mendapat lima A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Tan Sri Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim ketika mengumumkan keputusan itu berkata, sebanyak 225 calon mendapat 5A berbanding 206 orang pada tahun sebelumnya

Bagaimanapun katanya, keputusan STPM 1999 menyaksikan penurunan prestasi sepuluh mata pelajaran berbanding lapan mata pelajaran pada 1998.

Menurut beliau, dua mata pelajaran yang mengalami kejatuhan yang agak tinggi ialah Fizik yang turun sebanyak 9.91 peratus diikuti Geografi (5.79 peratus).

Lapan mata pelajaran lain bagaimanapun menunjukkan penurunan yang tidak begitu ketara.

''Kita akan minta pihak MPM membuat analisis dan penelitian mengenai penurunan prestasi mata pelajaran ini, sama ada ia satu penurunan biasa atau ada sebab lain yang belum dapat dipastikan.

''Kadang-kadang peratus penurunan tidak memberikan gambaran yang sebenar,'' katanya dalam sidang akhbar di MPM, Gombak, dekat sini hari ini.

Mata pelajaran lain yang menunjukkan penurunan ialah Kesusasteraan Inggeris yang turun 3.92 peratus, Perkomputeran (3.78 peratus), Bahasa Arab (2.29 peratus) dan Ekonomi (2.10 peratus).

Empat lagi mata pelajaran lain ialah Kimia (1.76 peratus), Matematik T (1.48 peratus), Matematik Lanjutan T (0.84 peratus) dan Bahasa Tamil (0.10 peratus).

Secara keseluruhannya, kata Dr. Syed Jalaluddin, sebanyak 35,796 calon (91.18 peratus) daripada 43,331 calon lulus sekurang-kurangnya satu prinsipal.

Daripada jumlah itu sebanyak 11,528 (29.37 peratus) lulus lima prinsipal, 7,260 (18.49 peratus) lulus empat prinsipal.

Sebanyak 6,280 (16 peratus) lulus tiga prinsipal, 5,479 (13.96 peratus) lulus dua prinsipal dan selebihnya 5,249 (13.37 peratus) lulus satu prinsipal.

''Ini bermakna sebanyak 30,547 (77.82 peratus) calon layak memohon untuk memasuki universiti,'' katanya.

Menurut beliau lagi, daripada 11 mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu menunjukkan kenaikan peratusan tertinggi iaitu 4.18 peratus, diikuti Biologi (3.12 peratus) dan Bahasa Melayu serta Sejarah masing-masing naik 2.9 peratus dan 1.38 peratus.

Prestasi dua mata pelajaran yang mula diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan Enam Rendah pada 1998 juga menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan, katanya.

Menurut beliau, bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan dan Bahasa Inggeris, masing-masing 66.16 peratus dan 59.36 peratus calon lulus peringkat prinsipal.

Dr. Syed Jalaluddin seterusnya memaklumkan mengenai prestasi ujian Malaysian University English Test (MUET)' yang juga menunjukkan prestasi yang membanggakan, walaupun pelajar menduduki peperiksaan ini atas inisiatif mereka sendiri.

''Ini kerana pelajar hanya diwajibkan mengambil ujian ini mulai tahun ini bagi kemasukan universiti tahun 2001,'' katanya.

Menurut beliau, daripada 12,949 calon MUET, 55 peratus pelajar diletakkan di bawah kategori sederhana dan berkebolehan dalam bahasa Inggeris, dan sembilan peratus pelajar diletakkan di bawah kategori baik dan sangat baik.

Sementara itu, dua pelajar iaitu Kam Sheue Keng dan Wong Teck Huat, masing-masing dari Sekolah Menengah Methodist, Ipoh, Perak dan Sekolah Menengah Bantuan Methodist, Sibu, Sarawak diumumkan pelajar paling cemerlang.

Kedua-dua mereka yang mendapat 5A dengan gred satu dalam semua kertas yang diambil, menerima sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM1,000 daripada Dr. Syed Jalaluddin dalam satu majlis ringkas selepas persidangan akhbar pengumuman keputusan STPM itu.

Sekolah Menengah Sam Tet, Ipoh, Perak mengekalkan rekodnya tahun lepas sebagai sekolah yang paling ramai pelajarnya memperoleh 5A iaitu seramai 12 orang.

Sekolah-sekolah lain yang turut cemerlang ialah Sekolah Tinggi Melaka, Melaka dan Sekolah Menengah Jit Sin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, masing-masing 11 pelajar mendapat 5A dan Sekolah Menengah Keat Hwa, Alor Setar, Kedah (10 orang).

Pada tahun 1999, sebanyak 43,331 calon mendaftar untuk mengambil STPM berbanding hanya 42,660 calon pada 1998 iaitu pertambahan 1.57 peratus.

Daripada jumlah itu, sebanyak 26,169 (60.39 peratus) adalah calon sekolah kerajaan, 6,410 (14.79 peratus) calon sekolah swasta dan 10,752 (24.82 peratus) calon persendirian.

Oleh: ZALINA YAHAYA
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_03.htm#ixzz4DywJHU7U © Utusan Melayu (M) Bhd

Calon berjaya dalam STPM meningkat

ARKIB : 23/03/1999
Calon berjaya dalam STPM meningkat
GOMBAK 22 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 1998 yang diumumkan hari ini menunjukkan peningkatan dari segi kualiti dan bilangan calon yang berjaya memperoleh gred A dalam kelima-lima mata pelajaran.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan keputusan STPM berkata, seramai 35,670 calon atau 91.22 peratus daripada 42,660 calon lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Katanya, seramai 206 pelajar telah mendapat Gred A dalam kelima-lima mata pelajaran berbanding 197 calon yang berjaya berbuat demikian dalam peperiksaan STPM tahun 1997.

''Jumlah calon yang mendapat Gred A dalam kelima-lima mata pelajaran bertambah sebanyak sembilan calon dan ia menunjukkan pencapaian calon tahun ini telah meningkat dari segi kualiti.

''Peningkatan tahun ini adalah terdiri daripada kedua-dua aliran sains dan sastera,'' katanya pada sidang akhbar khas bagi mengumumkan keputusan peperiksaan STPM di bangunan Majlis Peperiksaan, di sini, hari ini.

Setiausaha Agung Majlis Peperiksaan Termuzi Abd. Aziz turut hadir pada sidang akhbar yang julung-julung kali diadakan di bangunan tersebut.

Menurut Najib, seramai 10,936 atau 27.97 peratus mendapat kelulusan penuh dalam lima mata pelajaran, 7,333 calon (18.75 peratus) lulus penuh empat mata pelajaran dan 6,370 (16.29 peratus) lulus penuh tiga mata pelajaran.

Katanya, sebanyak 5,844 (14.95 peratus) pula lulus penuh dua mata pelajaran dan 5,187 (13.27 peratus) lulus penuh satu mata pelajaran.

Beliau berkata, Perak merupakan negeri yang paling ramai calon berjaya memperolehi 5A iaitu 60 orang diikuti oleh Pulau Pinang (33), Melaka (28), Johor (18), Negeri Sembilan (16), Sarawak (12), Selangor dan Kedah masing-masing 11, Wilayah Persekutuan (10), Sabah (5) dan Pahang (2).

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet, Ipoh pula diberi pengiktirafan sebagai sekolah terbaik dengan 28 pelajarnya mendapat 5A.

Sekolah-sekolah lain ialah Sekolah Tinggi Melaka (16), Sekolah Menengah Kit Sin, Bukit Mertajam (11), Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah, Seremban (8) dan Sekolah Menengah Methodist (ACS), Ipoh (8).

Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Hua Lian, Taiping, Khoo Boon Seng yang mendapat Gred 1 dalam 12 kertas bagi setiap mata pelajaran yang diambil menjadi pelajar terbaik STPM 1998.

Seramai 42,660 calon telah mendaftar untuk mengambil peperiksaan STPM berbanding 46,798 calon pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, seramai 23,893 (56.01 peratus) adalah calon sekolah kerajaan dan 18,767 (43.99 peratus) adalah calon persendirian yang terdiri daripada 6,497 calon (15.23 peratus) sekolah swasta dan 12,270 calon (28.76 peratus) persendirian.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_03.htm#ixzz4DytwKceA © Utusan Melayu (M) Bhd

Keputusan STPM 1997 meningkat

ARKIB : 20/03/1998
KUALA TERENGGANU 19 Mac - Sebanyak 37,540 daripada 46,798 calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu, lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dengan Gred E dan layak menerima sijil.

Daripada jumlah calon yang lulus itu, sebanyak 9,910 calon atau 24 peratus lulus penuh lima mata pelajaran, 7,599 (18.4 peratus) lulus penuh empat mata pelajaran dan 7,309 (17.7 peratus) lulus penuh tiga mata pelajaran.

Sebanyak 6,822 calon lagi atau 16.5 peratus lulus penuh dua mata pelajaran dan 5,903 (14.3 peratus) lulus penuh satu mata pelajaran.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan keputusan STPM 1997 di sini berkata, keputusan tersebut pada keseluruhannya telah meningkat terutama dari segi kualiti.

Beliau berkata, bilangan calon yang mendapat Gred A dalam kelima-lima mata pelajaran juga meningkat sebanyak 5.9 peratus iaitu sebanyak 197 orang pada tahun 1997 berbanding 186 orang dalam peperiksaan tahun 1996.

Menurutnya, peratusan lulus penuh maksimum lima mata pelajaran yang boleh diambil oleh seseorang calon telah naik hampir 1.0 peratus.

''Peratusan lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran telah bertambah sebanyak 1.2 peratus dan ini menunjukkan pencapaian calon tahun 1997 telah meningkat,'' katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 1997 di hadapan para pelajar dan guru Sekolah Menengah Padang Midin di dewan sekolah berkenaan, di sini hari ini.

Jumlah calon yang menduduki peperiksaan itu tahun lalu bagaimanapun berkurangan sebanyak 20.1 peratus berbanding pada tahun 1996, sebanyak 58,599 orang.

Daripada jumlah calon STPM 1997, sebanyak 19,847 (42.4 peratus) adalah calon sekolah kerajaan, 26,951 (57.6 peratus) calon persendirian yang terdiri daripada 7,949 (17 peratus) calon sekolah swasta dan 19,002 (40.6 peratus) calon persendirian perseorangan.

Najib juga mengumumkan Ee Mong Tieng, 20, pelajar dari Sekolah Menengah Padang Midin di sini, sebagai calon terbaik keseluruhan dan merupakan pelajar tunggal di Terengganu yang mendapat keputusan 5A.

Di samping itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka diumumkan sebagai sekolah yang paling ramai pelajarnya mendapat keputusan 5A iaitu sebanyak 17 orang.

Ini diikuti Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang dengan tujuh orang calon, Sekolah Menengah Perempuan St. George, Pulau Pinang (7 orang), Sekolah Menengah Chong Hwa, Gombak (6 orang) dan Sekolah Menengah Methodist (ACS), Ipoh (6 orang).

Manakala negeri Pulau Pinang dengan 32 calon dan Perak (32 calon) diumumkan sebagai negeri paling banyak calon memperolehi keputusan 5A.

Negeri Selangor pula, calon yang mendapat keputusan 5A ialah sebanyak 26 orang, Wilayah Persekutuan (22 orang), Melaka (21 orang), Johor (19) dan Kedah (13).

Menurut Najib, prestasi keseluruhan calon STPM 1997 telah mempamerkan peningkatan di dalam 13 mata pelajaran.

Beliau berkata, mata pelajaran Geografi yang menggunakan sukatan pelajaran baru adalah mata pelajaran aliran sastera yang mencatat kenaikan peratusan paling besar iaitu naik 15.3 peratus.

''Mata pelajaran utama lain yang mencatat kenaikan peratusan tinggi ialah Perakaunan dan Pengajian Am yang masing-masing naik sebanyak 5.2 peratus dan 4.4 peratus,'' jelas beliau lagi.

Di samping itu kata Najib, semua mata pelajaran sains juga mencatatkan kenaikan peratusan iaitu Biologi naik 3.1 peratus, Kimia (1.8 peratus) dan Fizik (0.7 peratus).

Bagaimanapun kata beliau, terdapat tujuh mata pelajaran yang turun prestasi antaranya Kesusasteraan Melayu yang turun sebanyak 4.2 peratus, Matematik Lanjutan Tambahan turun 3.8 peratus, Bahasa Melayu (3 peratus), Lukisan (2.7 peratus) dan Sejarah (1.3 peratus).

Mengulas mengenai penurunan ini pada sidang akhbar kemudiannya, Najib berkata, ia merupakan perkara biasa dan tidak ada faktor khusus yang menyebabkan berlakunya penurunan tersebut.

''Ia sesuatu yang realistik dan menunjukkan bahawa Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) benar-benar mengkaji dari segi mutu dan standard peperiksaan tersebut.

''Kalau semua mata pelajaran meningkat, ia sesuatu yang luar biasa,'' katanya.

Mengenai prestasi sekolah kerajaan, Najib berkata, pencapaian calon menunjukkan peningkatan dalam 15 mata pelajaran.

Beliau berkata, selain mata pelajaran Geografi yang meningkat prestasinya sebanyak 18.6 peratus, peningkatan juga pada Bahasa Cina (8.3 peratus), Perakaunan (6.4 peratus) dan Pengajian Am (3.4 peratus).

Menurutnya, semua mata pelajaran sains juga mencatat kenaikan peratusan lulus penuh yang memberangsangkan iaitu Biologi (4.2 peratus), Kimia (2.2 peratus) dan Fizik (1.4 peratus).

Bagaimanapun kata Najib, lima mata pelajaran turun prestasinya iaitu Bahasa Melayu, Matematik Lanjutan Tambahan dan Lukisan.

Ekoran penurunan itu katanya, MPM telah pun memulakan pengemaskinian mata pelajaran yang terbabit.

Menurutnya, hasil daripada kajian yang dibuat, didapati mata pelajaran yang telah dikemas kini sukatan pelajaran dan format kertas soalannya, berjaya mempertingkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan.

''Adalah menjadi harapan saya agar pengemaskinian ketiga-tiga sukatan pelajaran iaitu Sejarah, Kesusasteraan Melayu dan Bahasa Melayu akan memberi kesan positif ke atas prestasi mata-mata pelajaran STPM pada masa akan datang,'' katanya.

Oleh: AMIR SARIFUDIN

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_01.htm#ixzz4DyrYs58c © Utusan Melayu (M) Bhd