Jumaat, 17 Februari 2017

MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN STPM P1 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Majlis Penyerahan Keputusan STPM P1 Pra Universiti SMK Jengka 2 diadakan pada hari Jumaat 17 Februari 2017. Majlis bermula jam 7.20 pagi apabila semua pelajar Tingkatan 6 Atas berkumpul di Tapak Perhimpunan  di Blok Tingkatan 6 SMK Jengka 2. Kemudian diikuti dengan perhimpunan pagi. Majlis diteruskan dengan Ucapan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Hairul Bahri bin Zahari.

      Berdasarkan keputusan STPM P1, cuma tiga mata pelajaran sahaja yang mempunyai pelajar cemerlang iaitu mendapat A atau  A-.Mata pelajaran tersebut ialah  KMK, Sejarah dan Bahasa Melayu. Pelajar cemerlang KMK ialah Azleenda Sahaludin, Nur Amira Fatehah binti Abu Bakar yang mendapat prinsipal A. Pelajar yang mendapat Prinsipal A- ialah Nur Zafirah Wajihah binti Zaidi, Wan Nur Ain Fathiha Wan asmadi dan Nur Diana binti Bostamin.

      Pelajar-pelajar yang mendapat Prinsipal A sejarah P1 ialah Siti Nur Fazira dan Nur Zafirah Wajihah binti Zaidi. Azleenda Sahaludin pula mendapat mendapat Prinsipal A-.Pelajar-pelajar cemerlang mata pelajarn Bahasa Melayu ialah Munirah binti Sahharizal mendapat prinsipal A- dan Nasharul Khusna bin Salim mendapat prinsipla A.   




PELAJAR  YANG  MENDAPAT PRINSIPAL A SEJARAH STPM P1 -DARI KIRI 
NURZAFIRAH WAJIHAH BT.ZAIDI, AZLEENDA SAHALUDIN DAN SITI NUR FAZIRA BT. MUSTAFA