Selasa, 6 Mac 2018

TINGKATAN 6 RENDAH ZAABA 2006

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

21 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.00


Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bh.com.my
KUANTAN: Seramai 21 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 di Pahang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Rosdi Ismail, berkata bilangan itu menurun berbanding 24 calon mendapat keputusan sama pada tahun 2014.

"Calon yang mendapat PNGK 3.0 pada STPM 2015 meningkat kepada 870 orang atau 40.22 peratus berbanding tahun sebelumnya, iaitu 844 calon atau 35.99 peratus," katanya di sini, sebentar tadi.

Katanya, seramai 2,139 atau 98.89 peratus daripada 2,163 calon sekolah kerajaan di negeri ini mendapat kelulusan penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran lulus penuh yang mengatasi pencapaian peringkat nasional iaitu 97.08 peratus.

"Peratus kelulusan itu menunjukkan penurunan 0.19 peratus berbanding 99.08 peratus pada tahun sebelumnya, namun ada peningkatan dari segi calon lulus penuh lima mata pelajaran (5P), iaitu seramai 39 orang berbanding 13 pada tahun 2014.

"Peningkatan juga direkodkan bagi peratusan calon lulus penuh empat mata pelajaran, iaitu 75.64 peratus atau 1,636 calon berbanding 72.29 peratus pada tahun sebelumnya," katanya.

Rosdi berkata, dari aspek Gred Purata Sekolah (GPS) pula, sebanyak 49 sekolah kerajaan mencatat 2.78 mata atau peningkatan 0.08 mata berbanding 2.70 pada tahun lalu dan ia mengatasi minimum GPS peringkat nasional iaitu 2.65 mata.

Katanya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong, Raub yang mencatat GPS 3.21 mata dianugerahkan Sekolah Terbaik STPM 2015 peringkat nasional bagi kategori luar bandar oleh Majlis Peperiksaan Malaysia apabila 35 daripada 48 calonnya memperoleh PNGK lebih 3.0 mata.
SUMBER-BERTA HARIAN ONLINE Rabu, 2 March 2016 | 11:04am

Keputusan STPM 2017 catat peningkatan

Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@nstp.com.my
PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 menunjukkan peningkatan dengan catatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional meningkat kepada 2.76 berbanding 2.71 pada 2016.
 
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Seri Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata pencapaian itu menunjukkan peningkatan PNGK nasional yang memberangsangkan dalam semua kriteria pengukuran pencapaian berbanding STPM 2016.


PROF Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak (kiri) bersama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Mohd Fauzi Mohd Kassim ketika majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM Tahun 2017 di Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Beliau berkata, peningkatan itu mengatasi semua pencapaian sejak STPM modular diperkenalkan pada 2013.

Katanya, peningkatan itu membabitkan PNGK Nasional, PNGK 3.50 ke atas, PNGK 3.00 ke atas, PNGK 2.75 ke atas, PNGK 2.50 ke atas, PNGK 2.00 ke atas, peningkatan peratus lulus penuh pada lima dan empat mata pelajaran serta peratus lulus penuh dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dengan gred C ke atas.

"Bilangan calon memperoleh PNGK 3.50 ke atas bertambah kepada 6,408 orang iaitu 14.89 peratus berbanding 6,137 calon (14.20 peratus) pada 2016.

"Peratusan calon mendapat PNGK 3.00 ke atas juga meningkat kepada 40.48 peratus (17,423 calon) pada 2017 berbanding 37.62 peratus (16,263 calon) pada 2016.

"Bagaimanapun, peratusan calon mendapat PNGK 4.00 sedikit menurun iaitu kepada 1.13 peratus atau 485 calon berbanding 1.31 peratus (565 calon) pada 2016.

"Namun, saya menjangka peluang lepasan STPM 2017 untuk diterima masuk ke universiti awam adalah lebih besar kerana peningkatan dan bilangan calon mendapat PNGK 2.75 ke atas adalah tinggi iaitu 55.19 peratus berbanding 51.83 peratus pada 2016," katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata, bilangan dan peratusan calon mendapat 5A dan 4A menurun kepada 521 calon (1.21 peratus) pada 2017 berbanding 575 calon (1.33 peratus) pada 2016.

"Bagaimanapun, peratusan calon mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran meningkat kepada 72.02 peratus berbanding 71.88 peratus pada 2016.

"Peningkatan ini juga memberi gambaran bahawa pencapaian calon Tingkatan Enam di sekolah kerajaan kini semakin baik, dipercayai hasil pelaksanaan inisiatif Pemerkasaan Tingkatan Enam yang giat diusahakan Kementerian Pendidikan," katanya.

Mohamed Mustafa berkata, secara keseluruhan, semua 22 mata pelajaran ditawarkan dalam STPM 2017 mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 70 peratus, iaitu gred C dan ke atas.

"Sebagai menghargai pencapaian cemerlang sekolah yang mempunyai Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi, MPM memberikan sijil penghargaan kepada 10 sekolah kerajaan terbaik pada STPM 2017," katanya.

10 Sekolah Terbaik STPM 2017

1. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor

2. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan

3. SMK Hua Lian, Taiping, Perak

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan

5. SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawak

6. SMK Padang Saujana, Jerantut, Pahang

7. SMK Kangkong, Pasir Mas, Kelantan

8. SMA Maarif, Besut, Terengganu

9. SMK Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan

10. SMK Tengku Mahkota, Muar, Johor

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa, 6 March 2018 | 11:42am

TINGKATAN 6R RAHMAN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

KUMPULAN R&D MUET 2012

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

KUMPULAN R&D PENGAJIAN PERNIAGAAN TAHUN 2012

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

KUMPULAN R&D SEJARAH 2012

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Ahad, 4 Mac 2018

PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 TAHUN 1987

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
      Pada tahun 1987 Kelas Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, cuma terdapat satu kelas sahaja. Kelas yang dibuka ialah Tingkatan 6 Rendah Sastera, Puan Saimah Binti Mohamad telah dilantik menjadi Guru Tingkatan.Menurut Puan Rohana Mat Ripin pelajar perintis Tingkatan 6 Rendah Sastera 1987, Kelas Tingkatan 6 Rendah mula dibuka pada tahun 1987. Seramai 39 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan telah melapor diri di Tingkatan 6 Rendah Sastera.[1]

      Pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera mula mendaptar diri pada 4 Mei 1987.Pada 25 Mei 1997 satu bilik di Blok C telah diubahsuai bagi menenmpatkan pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera.[2] Cik Julia Abas yang mendaftar diri pada 5 Januari 1987 sebagai Guru GSTT telah ditugaskan mengajar mata pelajaran Sejarah kertas 2.[3] Manakala guru baru yang mendaftar di SMK Jengka 2 ada 21 April 1997En Fauzi Abdulah mengajar subjek Kesusasteraan Melayu.[4]



[1]Temu ramah dengan Puan Rohana Mat Ripin pada 1Mac 2010.
[2] Majalah Jaya,20.
[3]Temu ramah dengan Cik Julia Abas pada 20 Januari 2014.
[4] Temu bual dengan En Fauzi Abdullah pada 1 Mac 2017

SEJARAH PERKEMBANGAN PRA-UNIVERSITI SMK JENGKA 2 ANTARA TAHUN 1987 HINGGA 2014

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PENGENALAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 januari 1973 di kawasan seluas 15 hektar dan merupakan sekolah menengah pertama di Wilayah Pembanggunan Jengka. Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 bermula dengan empat orang guru dan lapan puluh tujuh pelajar sahaja. Sekolah ini memulakan operasinya sehari selepas pengetua pertama iaitu Tuan Haji Ibrahim Haji Mohamad melaporkan diri pada 1 januari 1973. Menurut Haji Ibrahim ketika itu bangunan SMK Jengka 2 belum siap dibina sepenuhnya. Beliau diarahkan untuk untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka2. Dengan jasa baik Guru Besar Encik Ahmad Osman, dua buah kelas disediakan untuk SMK Jengka 2.

Pada tahun 1987, Jabatan Pelajaran negeri Pahang telah membuka sebuah lagi kelas Tingkatan 6 Rendah di Sekolah Menengah Jengka 2, dekat Bandar Pusat Jengka. Pada tahun 1988,Pra-Universiti SMK Jengka 2 telah ditubuhkan. Pra-Universiti di SMKJ2 telah ditubuhkan oleh Datuk Haji Abdul Rahim Bin Mohammad. Beliau merupakan mantan Pengarah Pelajaran Pahang. Kumpulan pertama seramai 36 orang pelajar sekolah itu ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran bagi menduduki kelas Tingkatan 6 Rendah aliran Sastera. SMK Jengka 2 merupakan sekolah luar bandar yang pertama mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri untuk membuka kelas Tingkatan 6, bagi menempatkan belas pelajar yang lulus Sijil Pelajaran Malaysia tahun lepas. Sebelum ini pelajar SMK Jengka 2 terpaksa melanjutkan pelajaran Tingkatan 6 mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran atau di Kuantan.[1]


      Menurut Puan Rohana Mat Ripin pelajar perintis Tingkatan 6 Rendah Sastera 1987, Kelas Tingkatan 6 Rendah mula dibuka pada tahun 1987. Seramai 39 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan telah melapor diri di Tingkatan 6 Rendah Sastera.[] Menurut Abdul Rahim bin Haji Mohamad, PengetuaSMK Jengka 2 ketika itu, satu sejarah yang perlu dicatat ialah tertubuhnya kelas Tingkatan 6 Rendah Sastera yang dipelopori oleh 39 orang pelajar. Pada 4 Mei 1987 pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera mula melapor diri. Pada tanggal 25 Mei 1987 pengubahsuaian bilik telah dibuat di Blok E bagi penempatan pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera. [3]


      Bekas Guru Tingkatan 1989, Tuan Haji Yusri Marjan menyatakan penubuhan Kelas Tingkatan 6 Rendah Aliran Sastera di SMK Jengka 2 adalah atas iniasiatif yang dilakukan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Yahya Zainalabidin.[4]Menurut Puan Rohana Mat Ripin lagi, antara pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera ketika itu ialah Zakuan Che Yusof, Abdul Rashid Mat, Noraini Osman, Sarina Idrus, Zuraida Hashim, Ajura Ahmad, Rosli Md Din Mior Sharifuddin M. Yaakob.[5] Ketua Tingkatan 6 Rendah Sastera ialah Manizam bin Musa, manakala Guru Tingkatan 6 Rendah Sastera pula ialah Puan Sarimah binti Mohamad




[i] Majalah Jaya 87,80.
[2]Temu ramah bersama Puan Rohana Mat Ripin pada 1Mac 2010.
[3]Majalah Jaya 87,20.
[4] Temu rama dengan Haji Yusri Marjan pada 25 Februari 2017.
[5]Temu ramah bersama Puan Hasmiza Aasdik pada 1Mac 2015