Pada tahun 1987 Kelas Tingkatan 6 Sekolah
Menengah Kebangsaan Jengka 2, cuma terdapat satu kelas sahaja. Kelas yang
dibuka ialah Tingkatan 6 Rendah Sastera, Puan Saimah Binti Mohamad telah
dilantik menjadi Guru Tingkatan.Menurut
Puan Rohana Mat Ripin pelajar perintis Tingkatan 6 Rendah Sastera 1987, Kelas
Tingkatan 6 Rendah mula dibuka pada tahun 1987. Seramai 39 orang pelajar yang
terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan telah
melapor diri di Tingkatan 6 Rendah Sastera.[1]
Pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera mula mendaptar
diri pada 4 Mei 1987.Pada 25 Mei 1997 satu bilik di Blok C telah diubahsuai bagi
menenmpatkan pelajar Tingkatan 6 Rendah Sastera.[2]
Cik Julia Abas yang mendaftar diri pada 5 Januari 1987 sebagai Guru GSTT telah ditugaskan
mengajar mata pelajaran Sejarah kertas 2.[3]
Manakala guru baru yang mendaftar di SMK Jengka 2 ada 21 April 1997En Fauzi Abdulah
mengajar subjek Kesusasteraan Melayu.[4]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan