Rabu, 30 November 2016

SEJARAH TINGKATAN 6 SMK JENGKA 2 2001

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 2001 pelajar Tingkatan 6 Atas terbahagi kepada 6 Atas Zaaba, 6 Atas Hamka dan 6 Atas Bukhari. Tahun 2001 merupakan tahun keenam saya mengajar Sejarah STPM Kertas 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Saya turut mengajar Sejarah Kertas 2 kelas 6A Zaaba. Antara pelajar cemerlang mata pelajaran sejarah dan melanjutkan pelajaran ke UKM ialah Mohd Zailan Abu dan Rosmaini bin Mat Rusely,



1.    Enam atas Zaaba merupakan kelas pertama, Guru Kelas 6 Atas Zaaba ialah Encik Nordin Abd.Rashid. Kelas 6 Atas Zaaba mempunyai 27 orang pelajar.
1.Azizul bin Ahmad  -no 233 Felda Jengka 2.
2.Mohd Zailan bin Abu – D-96 Felda Jengka 7.
3.Rosmaini bin Mat Rusely – no 78 Felda Jengka 2.
4.Shahrullah bin Sopuan  - no 155 Felda Lepar Utara 1
5.Zulkefli bin Man – no 380 Felda Jengka 2.
6.Adilah binti Hamid –C-336 Felda Jengka 10.
7.Azlina binti Shahbuudin 236 Badar Puchong.
8.Faezah binti Jahar no 382 Felda Jengka 2.
9.Hasniah binti Mohamad – A-39 Felda Jengka 10.
10.Hindun binti Iddress  - no 56 Felda Jengka 3.
11.Jamaliah binti Sjali P-76 Felda Ulu Jempol.
12.Jamilah binti Abdul Latif –no 361 Felda Jengka 3.
13.Juliyana binti Abdul Jamal – B-327  Felda Jengka 5.
14.Junaidah binti Kamarudin – N-35 Felda Ulu Jempol.
15.Mohanambal a/p Elankumaran- 46 SPG Felda Ulu Jempol.
16.Nor Artinie binti Bakri. F21 RKT L/U 6.
17.Nor Aini binti Huri – A81 Felda Jengka 1.
18.Norasiah binti Husin- G-6  Felda Ulu Jempol.
19.Norasimah binti Mohd Noor. No 17 Felda Jengka 3.
20.Norazimah  binti Jamroni. No 276 Felda Jengka 3.
21.Norfadillah binti Hassan. B-131 Felda Jengka 10.
22.Nohafizah bint Hamzah. No 406  Felda Jengka 3.
23.Norriza binti Che Mod. No 16 Felda Jengka 6.
24.Russilawati binti Awang. A-15 Felda Jengka 5.
25.Salawati binti Abdul Rahim. No15 Felda Jengka 2.
26.Siti Zawiah binti Marzuki. B-334 Felda Jengka 1
27.Nor Raidah binti Abd. Rashid –RKT Ikman Sdn. Bhd. Batu 16.[1]  


[1]Jaya 2001,134.



[1]Jaya 2001,134.

Sabtu, 26 November 2016

STPM 1998 19,547 layak ke universiti

ARKIB : 24/03/1999
Perkataan-perkataan memberangsangkan, memuaskan, 'fantastic', meningkat lagi, cemerlang dan sebagainya, buat sekian kalinya, diluahkan lagi oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak - selaku arkitek yang banyak mengubah wajah pendidikan negara - untuk menggambarkan prestasi calon STPM '98.

Yang perlu kita fikirkan ialah calon STPM '98 yang layak masuk ke universiti juga akan meningkat - iaitu yang memenuhi syarat lulus penuh tiga mata pelajaran.

Dalam STPM '98, calon yang mendapat sekurang-kurangnya lulus penuh tiga mata pelajaran sebanyak 5,844, empat mata pelajaran (6,370) dan lulus penuh lima mata pelajaran (7,333).

Ini bermakna jumlah yang layak ke universiti adalah lebih kurang 19,547 orang.

Jumlah itu tidak sampai 10 peratus sahaja daripada 200,000 borang Unit Pusat Universiti (UPU) yang diedarkan di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Selepas ini, mereka akan mengisi borang dengan teliti dan menghantar semula ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) Kementerian Pendidikan dan menunggu dipanggil untuk kemasukan pada Jun, Julai atau Ogos.

Jumlah ini tidaklah ramai, tetapi secara kolektif kalau dijumlahkan dengan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) '98 yang dijangka akan dimumkan pada 1 April ini, maka persaingan ke universiti akan 'terasa' juga.

Yang perlu difokus pada STPM kali ini ialah kertas Perkomputeran yang pertama diperkenalkan tahun lepas, tetapi telah diajar di 14 buah sekolah sejak 1997.

Mata pelajaran itu mencatat keputusan yang memberangsangkan dengan 87.48 peratus calon berjaya mendapat lulus penuh.

Perkomputeran merupakan mata pelajaran yang berorientasikan amali, merangkumi 150 waktu iaitu kerja makmal dan satu projek perkomputeran.

Sebanyak 655 calon menduduki kertas itu, iaitu 457 adalah calon sekolah kerajaan.

Mata pelajaran itu telah diperkenalkan kepada pelajar tingkatan enam di empat belas buah sekolah kerajaan dan tiga buah sekolah swasta pada 1997.

Calon yag menduduki kertas ini dijangka akan mendapat keutamaan untuk mengikut kertas-kertas perkomputeran di universiti.

Kata Najib semasa membacakan kenyataan akhbarnya, mata pelajaran itu mempunyai matlamat untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam perkomputeran serta membina pengetahuan asas teknologi maklumat yang kukuh di kalangan pelajar.

''Ini supaya mereka dapat mengkhusus dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat,'' katanya.

Kertas itu dianggap perubahan yang paling relevan dalam evolusi STPM setakat ini, malah dianggap setaraf dengan kursus-kursus peringkat ijazah pertama di universiti.

Antara tajuk yang diajar di peringkat tingkatan enam bawah dan enam atas ialah struktur disket, algoritma, struktur data dan pengaturcaraan, perkakasan dan komunikasi, penggunaan pakej serta pengurusan dan teknologi maklumat.

Selain kertas Perkomputeran, Kementerian Pendidikan juga akan memperkenalkan kertas Pengajian Perniagaan mulai STPM '99, sebagai langkah menyuntik dinamisme dalam evolusi peperiksaan itu.

Begitu juga dengan kertas elektif Bahasa Inggeris Malaysia University English Test (MUET) yang telah diumumkan baru-baru ini.

Dengan segala perkembangan yang positif pada peperiksaan itu, maka cadangan asal memansuhkan peperiksaan itu pada satu ketika dahulu mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Sebaliknya, ia boleh dimantapkan lagi mengikut permintaan semasa, supaya fungsinya lebih relevan dan dinamik.

Oleh: WAHID HASHIM

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_02.htm#ixzz4RBPsUZTP © Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 24 November 2016

PELUPUSAN KERJA KURSUS STPM PENGGAL 2 DAN 3 TAHUN 2015

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.
Pelupusan Kerja Kursus wajib dijalankan oleh Ketua Unit Kerja Kursus selepas enam bulan keputusan STPM diumumkan. Pelupusan Kerja Kursus SMK Jengka 2 dipanau oleh Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Hairul Bahri Zahari. Kerja-kerja pelupusan bermula dengan mengasingkan sepuluh contoh terbaik bagi setiap subjek yang melaksanakan Kerja Kursus. Subjek tersebut ialah Pengajian Am, Sejarah, Bahasa Melayu, KMK, Geografi dan Pengajian Perniagaan.

      Pada tahun ini Unit Kerja Kursus membuat pelupusan menggunakan kaedah Shredding dengan menggunakan mesin Shredding di Pebabat Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Bahan kerja kursus yang dilupuskan pada tahun ini bagi Penggal 2 Pengajian Am 43 kerja kursus, Sejaeah 18 kerja kursus, Bahasa Melayu 29 kerja kursus dan KM 14 kerja kursus.
   Proses pelupusan kerja kursus dilakukan dengan menggunakan mesin sred.


BORANG PELUPUSAN KERJA KURSUS STPM (PENGGAL 2, 3   STPM 2015)

Semua Kerja Kursus STPM hanya boleh dilupuskan selepas ENAM bulan keputusan STPM diumumkan
(mengikut masa tahun semasa dan dipantau oleh Pengetua atau Guru Penolong Kanan Sekolah)

A.    Butiran Sekolah
1.    Nama Sekolah                                : SMK JENGKA 2
2.    No Telefon Pejabat                         : 09-4674325
3.    No Pusat Peperiksaan                    : SC074
4.    Bilangan calon STPM                      : 53 ORANG

B.    Butiran Pegawai Pelupusan
1.    Nama Pegawai Pelupus                  : AHMAD BIN YAAKOB
2.    No Kad Pengenalan                        : 640307035327
3.    Jawatan (Nyatakan)             : GURU AKADEMIK TINGKATAN 6- DG52
       (Penolong Tingkatan 6/Guru Akademik/Ketua Bidang/Guru MUET/Guru Mata Pelajaran/Dan lain-lain)
4.    No Telefon Bimbit                           : 017-9296013

C.    Butiran Bahan:
1.      Kerja Kursus yang dilupuskan         : P2-PENGAJIAN AM 43, SEJARAH 18, BAHASA MELAYU 29,KMK 14
2.      
 P3-GEOGRAFI 19,PENGAJIAN PERNIAGAAN 19,BAHASA MELAYU 29,KMK 14
3.     Tarikh Pelupusan                             : 9.10.2016.
4.     Kaedah Pelupusan                          : (Shredding)
5.     Bil Naskah disimpan sebagai rujukan: PA 10,BM 10,KMK 6, SEJARAH 9, GEOGRAFI 10,PENGAJIAN PERNIAGAAN 6
6.     Catatan /Komen (jika ada)                : Tiada
  

Ahad, 20 November 2016

PAMERAN LEGASI TUN RAZAK SEMPENA SAMBUTAN MERDEKA SMKJ2 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sejak tahun 2002 saya membuat pameran bertemakan kemerdekaan untuk membolehkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Jengka 2 menghargai jasa tokoh-tokoh yang berjuang untuk menuntut kemedekaan negara dari penjajah British. Tokoh tersebut ialah Tun Razak Husein.
Abdul Razak Hussein dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Kampung Pulau Keladi, Pekan Pahang. Abdul Razak dilahirkan dalam keluarga bangsawan, beliau anak sulung kepada Dato’ Hussein Haji Awang Muhammad Taib, Penolong Pegawai Daerah Pekan dengan Teh Fatimah Daud. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jambu, Mukim Langgar. Beliau melanjutkan pelajaran ke Malay College Kuala Kangsar. Pada 31 Mei 1940 Abdul Razak melanjutkan pelajaran ke Raffles College.[1]Beliau merupakan lulusan Lincorn’s Inn di London. Beliau menjadi Perdana Menteri pada 22 September 1970 dan diberi gelaran Bapa Pembangunan.[2]

SUMBANGAN POLITIK
a.Salah seorang yang menyertai rombongan kemerdekaan pada tahun 1956.
b.Memperluaskan gabungan Perikatan (UMNO-MIC-MCA) kepada parti-parti lain seperti Gerakan dan PPP.
c.Banyak melakukan perubahan dalam angkatan tentera seperti kelengkapan, melancarkan RELA dan Skim Rukun Tetangga.
d.Mengubah dasar luar dari pro-Barat dan anti komunis kepada Dasar Berkecuali.
e.Menjadi Pengarah MAGERAN untuk menyelesaikan masalah perkauman selepas rusuhan 1969.
f.Melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970.
g.Mewakili Malaysia menjalin hubungan dan rundingan Malaysia-Indonesia selepas peristiwa konfrantasi.

SUMBANGAN EKONOMI
a.Di bawah seliaan beliau Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaras program di peringkat bandar, daerah dan kampung, mengawasi FELDA dan FELCRA.
b.Melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun pertama pentadbirannya sebagai Perdana Menteri.
c.Memulakan pelan pembangunan yang kompprehensif yang dikenali sebagai Rancangan Malaysia Lima Tahun.
d.Menubuhkan agensi-agensi untuk membantu penduduk luar bandar seperti Lembaga Besar dan Padi Negara, Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan sebagainya.
e.Memperkenalkan Rancangan Buku Merah dan dan Buku Hijau.

SUMBANGAN SOSIAL
a.Sebagai Menteri Pendidikan telah memperkenalkan Penyata Razak.
b.Mengusahakan penubuhan sistem pendidikan kebangsaan demi untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
c.Meneruskan usaha Tunku Abdul Rahman dalam sistem pendidikan dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada tahun 1972.[3]    



[1] Nik Anuar Nik Mahmud, Muhammad Haji Saleh dan Abd. Ghapa Harun,Biografi Tun Abdul Razak Negarawan dan Patriot, (Bangi:Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia,2011),38
[2] “Sumbangan  Tokoh”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)95. 
[3] Ibid,96.
Pelajar 6RBukhari Nasruddin dan Tan membantu melekatkan bahan-bahan pameran.




Rabu, 9 November 2016

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI BERSAMA DR RAJA SHAMRI RAJA HUSIN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

TEMPAT        DEWAN AL-KHINDI
TARIKH         15 OGOS 2016
PESERTA       PELAJAR PEPERIKSAAN PMR,SPM,DAN STPM

      Objektif utama program ini ialah untuk mendedahkan kaedah dan tip menjawab soalan kepada calon peperiksaan PMR, SPM dan STPM di Sekolah Menengah Jengka 2.Raja Shamri bin Raja Hussin merupakan seorang penceramah motivasi yang terkenal di Malaysia. Raja Shamri mendapat pendidkan awal di SK Kampung Raja Pasir Puteh dan SMK Gaal Pasir Puteh Kelantan.

      YM Dr Raja Shamri bin Raja Husin dilahirkan pada 25 Mac 1975 di Kampung Wakaf Bunut,Pasir Puteh Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Pasir Puteh sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Machang (SMSM) di peringkat menengah. Setahun sahaja di SMSM, beliau terpaksa belajar ke sekolah harian biasa kerana mengalami kesukaran untuk bergerak disebabkan kecacatan kaki yang dialaminya semenjak dilahirkan lagi. Berkat ketekunan dan semangat yang tinggi beliau kemudiannya ditawarkan ke Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu setelah mendapat kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan SRP di Sekolah Menengah Gaal Pasir Puteh.[1]

      Setelah menamatkan pelajaran di MRSM beliau ditawarkan pula ke Kolej Yayasan Pelajaran MARA dan kemudiannya ke Northern Arizona University USA di bawah program anjuran MARA mengikuti kursus di bidang Pentadbiran Perniagaan. Sekembalinya beliau dari luar negara, beliau telah berkhidmat bersama beberapa syarikat swasta di Kuala Lumpur. Disebabkan rasa tandus dan cinta kepada ilmu pengetahuan yang semakin bergelojak, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi MARA mengikuti kursus di Bidang Pengangkutan pula. Beliau berpengalaman sebagai motivator selama enam belas tahun.

      Melalui Program Motivasi ini, Dr Raja Shamri berkongsi pengalaman hidupnya sebagai pelajar cacat yang miskin dan berjalan menggunakan kaki kayu. Beliau mengingatkan pelajar supaya memberi tumpuan semasa belajar untuk mudah memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru.Beliau juga menasihati pelajar supaya datang awal ke sekolah dan membantu mengangkat  yang dibawa oleh guru. Pelajar SMK Jengka 2 juga menasihati pelajar supaya menjauhi daripada menjauhi daripada hubungan cinta yang boleh merosakkan masa depan mereka.  

      Dr Raja Shamri juga menjadikan kisah kemiskinan keluarga yang menjadikan beliau seorang yang benar-benar tabah dan sentiasa mahu mengubah nasib diri, keluarga dan masyarakat sebagai ikibar untuk menjadi pelajar cemerlang. Kecatatan juga bukanlah penghalang untuk pelajar mencipta kejayaan demi kejayaan di dalam hidup. Antara pesanan Dr Raja Shamri kepada pelajar-pelajar SMK Jengka 2 ialah beliau lagi pelajar hendaklah sentiasa merendahkan diri dan berfikiran positif, jaga solat subuh,bentuk personaliti diri yang hebat,kurang makan ,ramai kawan,berdikari dan tidak pernah putus asa serta sentiasa berdoa kepada Allah.[2]



   Guru-guru Tinkatan 6 SMK Jengka 2 bergambar bersama pakar motivasi Dr Raja Shamri Raja
    Husin
   Guru-guru SMK Jengka 2 bergambar bersama pakar motivasi Dr Raja Shamri Raja Husin
    Dr Raja Shamri menyampaikan cerama motivasi di Dewan Al-Khindi SMK Jengka 2.




[1] Temu ramah dengan Raja Shamri Raja Husin pada 15 Ogos 2016 di SMK Jengka 2
[2] Ibid