Ahad, 13 Oktober 2019

GURU TINGKATAN 6 1996

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Antara guru-guru yang mengajar Tingkatan 6 1996. Saya guru baru yang mengajar Tingkatan 6 mulai 19 Januari 1996.
1.Puan Rosmawati Binti Mohd Amin- Ekonomi
2.Puan Siti Rose Binti Ismail. Pengajian Am.
3.Cik Mizan Binti Nik Mohamed- Sastera.
4.En Rusly Bin Musa- Geografi.
6.Cik Mas Binti Ibrahim –Sejarah.
7.Yusoff Bin Abdullah- Sejarah.
8.Ci Sabariah Binti Ariffin- Bahasa Melayu.
9.Mahadi Bin Hassan- Ekonomi.
10.En. Ayob Khan bin Ahmad- Pengajian Am.
11.En. Zulkifli Amin Bin Musa. Sejarah Kertas 6
12.En Ahmad Bin Yaakob- Sejarah Kertas 2.
13.En Muhammad Zain bin Mat- Sastera
14.Puan Arfah binti Ahmad- Bahasa Melayu.[1]



[1] Majalah Jaya 1996,12.

1996 -P&P CERIA MENGHASILKAN KEJAYAAN SEJARAH STPM

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 274)
Tahun  pertama mengajar Sejarah STPM di SMK Jengka 2 sangat mencabar, walaupun saya dah mengajar Sejarah STPM sejak tahun 1988. Alhamdulillah pada tahun tersebut daripada 60 orang pelajar 15 orang mendapat A1 dan 14 orang mendapat A2. Semua pelajar 6AG lulus 100%. Dengan izin Allah 6 orang pelajar dapat prinsipal A berbanding 0 A pada tahun 1995. [1]

TAHUN
A
B
C
D
E
R
F
CALON
%L
1995
0
1
5
10
12
18
13
59
78
1996
6
8
16
14
03
13
0
60
78.3

Kejayaan ini dicapai kerana;
1.Dengan izin Allah dapat mengajar pelajar pandai dan rajin membuat latihan seperti Najib Rashid, Rita Zahrah, Noora Yusoff dan lain-lain.
2.Saya berguru dengan Pensyarah UKM Prof  Dr Nik Anua Nik Mahmud, Ketua Jabatan Sejarah UKM dan Dr Ahmad Ali Seman Pensyarah Sejarah China dan Jepun.  
3.Bantuan sahabat Cikgu Yusoff Abdulah yang telah mengajar Sejarah Malaysia semasa Tingkatan 6 Rendah dan memberi skema STPM lepas kepada saya.[2]



[1] Majalah Jaya 1995.
[2] Catatan Dairi 1996.

Jumaat, 11 Oktober 2019

KELAB EKONOMI SMK JENGKA 2 1996.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

      Pada tahun 1996 Kelab Ekonomi SMK Jengka 2 dibimbing ole Puan Rosmawati Binti Mohd. Amin dan Encik Mahadi Bin Hassan. Kelab ini dipengerusikan oleh Syed Munzir Syed Saidin. Naib pengerusi Jinidah Abdul Karim. Setiuausaha Han Hj Abd. Rani. Bendahari Rohana Nasir. Manakala AJK Tingkatan 6AG dan 6AS ialah Najib Rashid, Hamidon dan Manzarina. Antara aktiviti utama ialah menyertai Kelab Bimbingan Ekonomi (KBE) yang dianjurkan oleh Prof. Hamzaid Yahya.[1]


[1] Majalah Jaya 1996,43

Khamis, 10 Oktober 2019

1996-SEKOLAH SMK JENGKA 2 MESRA ALAM

oleh-AHMAD BIN YAAKOB

Kelas Bimbingan STPM 1996 dibuat pada waktu petang. Kelas ini bermula jam 3.00 petang. Saya mengajar dua kelas iaitu Tingkatan 6AG dan 6AS. Setiap kali kelas Bimbingan pada waktu petang bermula guru yang mengajar dibenarkan makan tengahari secara percuma di Kantin SMK Jengka 2. Pengerusi PIBG SMK Jengka 2 ketika itu ialah Hj Yaakob Bin Mahadi. Saya mengenali Hj Yaakob Mahadi kerana Cikgu Muhammad Zain Mat selalu mengajak saya ke rumah Hj. Yaakob Mahadi apabila ada kerja sekolah yang berkaitan dengan PIBG.[1]

      Jam 3.00 petang saya mula Sejarah China-Jepun kerana Pensyarah UKM Dr Ali Seman minta saya memberi penekanan kepada saya untuk mengajar Sejarah China-Jepun. Beliau ketika itu merupakan Kolumnis Teknik Menjawah Sejarah STPM Kertas 2 dalam Berita Harian. Hampir setiap bulan Sya jumpa Dr Ahmad Ali Seman di Biliknya di Jabatan sejarah UKM. Ketika sedang seronok mengajar saya terkejut beruk apabila tiga ekor lembu nak masuk kelas dari Pintu Belakang 6ÂS.[2]


[1] Catatan Dairi Februari 1996.
[2] Ibid

Jumaat, 4 Oktober 2019

PETINE 1996

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Guru Penasihat Persatuan Pelajar Tingkatan 6 1996 ialah Cikgu Zulkifli Amin Bin Musa. Beliau mengajar Sejarah Kertas 6. Pada tahun 1996 saya sempat mengajar Barisan Kepimpinan PETINE ini. Antaranya ialah Pengerusi PETINE Mohd. Zuri Bin Sidi Hamat, Rose Maria Binti Karim, pelajar cemerlang Noora Bin Md.Yusoff,Rita Zahrah Binti Yahya dan K.Subramaniam.Pelajar lain ialah Hairul Nizam, Norazmi Bin Ismail, Azlan Bin Yusuf dan Norasroha Binti Mat Hussein. Apabila saya tanya apa maksud Transfomasi Masyarakat ketika mengajar 6AS, cuma K.Subramanian yang menjawab dengan tepat maksudnya ialah Perubahan Masyarakat.