Selasa, 20 Februari 2018

MENJADI GURU TINGKATAN 6 ATAS HAMKA 1998

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Pada tahun 1998 saya ditugaskan menjadi Guru Tingkatan 6 Atas Hamka. Tugas ini menyebabkan hubungan saya dengan pelajar Tingkatan 6 Atas Hamka semakin rapat. Terutama dengan pelajar yang tinggal di Felda Jengka 4. Setiap hari Wan Mohd Muhaidi Wan Ishak menumpang kereta saya ke sekolah. Wan Muhaidi merupak Pengerusi PEPTINE tahun 1998.

Jumaat, 16 Februari 2018

TINGKATAN 6 SMK JENGKA 2 TAHUN 1997


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
     Tahun 1996 merupakan tahun kedua saya mengajar di Tingkatan 6 di SMK Jengka 2. Selepas kejayaan cemerlang dalam Peperiksaan STPM 1996 SAYA mengambil keputusan untuk tidak mengajar Tingkatan 6 atas dan menyerahkan kedua-dua kelas Tingkatan 6 Atas kepada Cik Mas Ibrahim. Saya Cuma mengajar Tingkatan 6 Rendah Hamka sahaja. Ketika itu ramai pelajar tingkatan 6 yang tinggal di Felda Jengka 4 menumpang kereta saya ke SMK Jengka 2 antaranya Wan Muhaidi yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

      Antara guru yang mengajar Tingkatan 6 pada tahun 1997 ialah Encik Encik Rusly Musa dan Puan Rohana binti Mohd Hussin, Puan Arfah Ahmad, Puan Siti Ros binti Ismail, Encik Ayub Khan Ahmad, Encik Mahadi Hassan, Mohd Zakuan Che Yussof, Zulkifli Amin Musa, Cik Mas Ibrahim, Cik Zawani Razak, Puan Rosmati Mod Amin dan Puan Siti Perwani Abdul Ghafar,Encik Yusof Abdullah dan Cik Mizan Nik Mohammad.[1]




[11 Majalah Jaya 1997,136.

TINGKATAN 6 SMK JENGKA 2 TAHUN 1996


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Aku memulakan tugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 pada hari Isnin 19 Januari 1996. Pada peringkat awal kehidupan di SMK Jengka 2 sangat mencabar kerana saya kembali diberi kepercayaan mengajar Sejarah Kertas 2 di kelas Tingkatan 6. Ketika itu ada dua kelas Tingkatan 6 iaitu 6 Atas Sastera dan 6 Atas Geografi. Jumlah calon ketika itu ialah 60 orang.[1]Aku dipilih oleh Pengetua Hj. Abdullah Daud untuk menggantikan kawan lama Encik Yusof Abdullah kawan sekelas semasa belajar di Universisti Kebangsaan Malaysia dulu.

      Aku merasa tugas ini amat berat kerana terpaksa menguasai tajuk sejarah STPM Kertas 2 dengan pantas untuk memastikan ramai pelajar mendapat Prinsipal A Sejarah STPM Kertas 2. Sebagai pelajar Sarjana Sejarah aku banyak medapat ilmu sejarah dari pensyarah UKM di Jabatan Sejarah seperti Dr. Nik Anuar Nik Mahmud, Dr Ahmad Ali Seman dan Dr Rusik. Kelas 6 AG mudah menerima pengajaran saya  kerana sikap saya yang kelakar dan sukar berkawan dengan pelajar. Pelajar-pelajar 6 Atas Sastera pula ramai yang suka cikgu yang tegas seperti kawan baik saya cikgu Yusuf.

      Pengurusan Tingkatan 6 ketika itu berjalan lancar kerana Penyelaras Tingkatan 6 Encik Rusly bin Musa kerap mengadakan mesyuarat  bila ada masalah berlaku. Aku mengajar dengan penuh tekun dan belajar teknik memeriksa Kertas Sejarah dari skema STPM sebenar yang diberikan oleh cikgu Yusof Abdullah. Akhirnya semasa keputusan diumumkan 29 orang pelajar mendapat A1 dan A2. Antara pelajar cemerlang ketika itu ialah Noora binti Md Yusoff, Norhasfalela binti Abdullah, Ritazaharah binti UahyaHasliza binti Daud, Mohd Najib bin Rashid, Noorafzan Hashim, Yuzaini Ahmat, Hairulnizam Abdul Rahman dan Junaidah binti Abdul Rahim.[2]



[1]Majalah Jaya,29
[2] Ibid,23.