Jumaat, 16 Februari 2018

TINGKATAN 6 SMK JENGKA 2 TAHUN 1996


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Aku memulakan tugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 pada hari Isnin 19 Januari 1996. Pada peringkat awal kehidupan di SMK Jengka 2 sangat mencabar kerana saya kembali diberi kepercayaan mengajar Sejarah Kertas 2 di kelas Tingkatan 6. Ketika itu ada dua kelas Tingkatan 6 iaitu 6 Atas Sastera dan 6 Atas Geografi. Jumlah calon ketika itu ialah 60 orang.[1]Aku dipilih oleh Pengetua Hj. Abdullah Daud untuk menggantikan kawan lama Encik Yusof Abdullah kawan sekelas semasa belajar di Universisti Kebangsaan Malaysia dulu.

      Aku merasa tugas ini amat berat kerana terpaksa menguasai tajuk sejarah STPM Kertas 2 dengan pantas untuk memastikan ramai pelajar mendapat Prinsipal A Sejarah STPM Kertas 2. Sebagai pelajar Sarjana Sejarah aku banyak medapat ilmu sejarah dari pensyarah UKM di Jabatan Sejarah seperti Dr. Nik Anuar Nik Mahmud, Dr Ahmad Ali Seman dan Dr Rusik. Kelas 6 AG mudah menerima pengajaran saya  kerana sikap saya yang kelakar dan sukar berkawan dengan pelajar. Pelajar-pelajar 6 Atas Sastera pula ramai yang suka cikgu yang tegas seperti kawan baik saya cikgu Yusuf.

      Pengurusan Tingkatan 6 ketika itu berjalan lancar kerana Penyelaras Tingkatan 6 Encik Rusly bin Musa kerap mengadakan mesyuarat  bila ada masalah berlaku. Aku mengajar dengan penuh tekun dan belajar teknik memeriksa Kertas Sejarah dari skema STPM sebenar yang diberikan oleh cikgu Yusof Abdullah. Akhirnya semasa keputusan diumumkan 29 orang pelajar mendapat A1 dan A2. Antara pelajar cemerlang ketika itu ialah Noora binti Md Yusoff, Norhasfalela binti Abdullah, Ritazaharah binti UahyaHasliza binti Daud, Mohd Najib bin Rashid, Noorafzan Hashim, Yuzaini Ahmat, Hairulnizam Abdul Rahman dan Junaidah binti Abdul Rahim.[2]



[1]Majalah Jaya,29
[2] Ibid,23.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan