Isnin, 30 Disember 2019

1997-MENGAJAR SEJARAH STPM 6 RENDAH BUKHARI


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada peringkat awal kelas Tingkan 6 Rendah tahun 1997 Cuma ada dua kelas iaitu 6 Rendah Zaaba dan 6 Rendah Hamka. Tetapi apabila berlaku peningkatan pelajar pada pengambilan kedua, maka pihak pengurusan Tingkatan 6 telah menambah satu kelas lagi iaitu Tingkatan 6 Rendah Bukhari. Saya masih ingat lagi apabila masuk mengajar Sejarah STPM kertas 1 dan Sejarah STPM Kertas 2 Sukatan Baru jumlah pelajar 6RZ dan 6RH hampir 40 orang. Menurut Puan Hamisah Mat Rejab, kelas 6 Rendah Bhuhari dibuka setelah ramai pelajar baru mendaftar ketika panggilan kedua ke Tingkatan 6.[1] Menurut Hanif Omar pula, beliau merupakan antara pelajar 6 Rendah Bukhari tahun 1997. Manakala pelajar lain ialah Shari Ghazali, Nor Azlina Jaafar, Saliha Hanim, Ruzita Puteh, Noh Haminah dan Olin Sulaiman. Harap ada bekas pelajar 6RB yang boleh bantu.


[1] Temu ramah melalui Fb pada 24 Disember, 2019.