Khamis, 19 Januari 2017

ANUGERAH HARI GURU- GURU PROAKTIF SMK JENGKA 2 2016

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Pada  tahun 2016 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Jengka 2 . Cikgu Ahmad bin Yaakob mendapat anugerah Guru Proakif SMK Jengka 2 bagi tahun 2016.

      Malangnya Cikgu Ahmad sakit ketika majlis penyampaian hadiah dijalankan dan tidak dapat mengambil hadiah di Dewan Al-Kindi. 


Isnin, 16 Januari 2017

PELAJAR 6A RAHMAN YANG MENDAPAT PRINSIPAL A SEJARAH STPM 2015

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Pada tahun 2015, pelajar 6 Atas Rahman lulus 100%  mata pelajaran Sejarah STPM 2015. Dua orang pelajar 6 Atas Rahman iaitu Loqman Al-Hakim bi Azahar mendapat Prinsipal A.Loqman dilahirkan di Felda Jengka 6 dan merupakan anak sulungdaripada tujuh orang adik-beradik. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 6.Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke SMK Jengka 6 dan mendapat5A,1B, 2C dalam Peperiksaan PMR.Beliau mengambilan aliran sains di Tingkatan 4 dan mendapa 3A,!C,1C+dan 3D dalam Peperiksaan SPM. Loqman menyambung pelajaran di Tingkatan 6 di SMK Jengka 2 pada tahun 2014. Beliaumendapat 1A,1B,1B+dan 1C dan mendapa PNGK 3.17 dalam Peperiksaan STPM 2016.[1]


      Nor Asmiedar binti Harun merupakan pelajar cemerlang yang belajar dari  Felda Ulu Jempol. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Felda Ulu Jempol. Beliau mendapa 5A dalalam Peperiksaan UPSR, dan muncul sebagai pelajar terbaik PMR 2011 di SMK Jengka 2 dengan mendapat 8A. Pada tahun 2013 beliau menduduki Peperiksaan SPM di SMK Jengka 2 dan mendapat 5A,4B dan 1C. Pada tahun 2015 beliau menduduki Peperiksaan STPM di SMK Jengka 2 dan mendapat 2A-,1B dan 1B- dan mendapat PNGK 3.25. Beliau melanjutkan pelajaran ke  USM.[2]



[1]Temu ramah dengan Loqman Al-Hakim Azahar pada 14 Januari 2017
[2] Temu ramah dengan Nor Asmiedar Harun pada 24.8.2016

Ahad, 15 Januari 2017

KEGIATAN KOKURIKULUM PENGAKAP TAHUN 2014

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
      Pada tahun 2014 kegiatan badan uniform Tingkatan 6 tertumpu kepada kegiatan Pengakap Kelana. Oleh itu semua guru yang mengajar Tingkatan 6 menjadi Guru Penasihat Pengakap Kelana. Aktiviti Pengakap Kelana bermula dengan pembentukan kumpulan untuk dibimbing oleh guru pembimbing pengakap kelana.

Pengagihan Kumpulan di Bilik Kuliah 1







Membimbing pengakap menengah rendah di Dewan Besar,  

KEM STPM PENGAL 2 SMK JENGKA 2 2015

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

      Kelas Kem Sejarah STPM bermula jam 8.30 hingga 11.00 malam. Pelajar yang terlibat ialah empat belas orang pelajar 6 Atas Rahman. Kem STPM P2 ini merupakan cetusan idea Ketua Unit Akademik, Hajjah Puan Idawati binti Yusog, Matlamatnya ialah untuk meningkatkan prestasi pelajar supaya mendapat lebih banyak Prinsipal A bagi semua subjek yang diambil. Kem ini melibatkan 54 orang calon STPM P2 yang mengambil mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, KMK, Pengajian Perniagaan dan Seni Visual.  



 PDP di Bilik Kuliah 1

Jumaat, 13 Januari 2017

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM PELAJAR T.6 SMK JENGKA 2 DI PUSAT KOKURIKULUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN 2014

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
    PAPAN TANDA PUSAT KOKURIKULUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH
    POS KAWALAN KESELAMATAN
    STOR KAYAK                                                                                                                                
    SYED DAN RAKAN-RAKAN BERSIAP UNTUK MAKAN MALAM DAN SOLAT
PELAJAR 6 ATAS DAN RENDAH DI KAWASAN PERKHEMAHAN PELAJAR LELAKI

NUR AMALINA BINTI ZOLKAFELI PELAJAR CEMERLANG SEJARAH STPM 2014

OLEH –AHMAD BIN YAAKOB
      Nur Amalina binti Zolkafeli merupakan pelajar terbaik Pra Universiti Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka. Beliau juga merupakan pelajar tunggal daripada sepuluh orang pelajar Tingkatan 6 Atas Al-Razi tahun 2014. Sebagai guru mata pelajaran Sejarah STPM P1, P2 dan P3, saya yakin dengan kemampuan Nur Amalina untuk mendapat prinsipal A dalam mata pelajaran Sejarah sejak beliau berada di Tingkatan 6R al-Razi lagi. Kini beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia.[1]

    MENDAPAT PRINSIPAL A MATA PELAJARAN SEJARAH.

Sabtu, 7 Januari 2017

TINGKATAN 6 ATAS 6 ATAS BUKHARI 2003

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

      Pada tahun 2003 saya masih menjawat jawatan sebagai GPK Kokurikulum dan mengajar Sejarah Kerta 2 di Tingkatan 6 Atas Bukhari. Antara pelajar 6 Atas Bukhari yang melanjutkan pelajaran ke IPTA ialah Mazli Azlan Majid ke UUM, Nurul Anuar Yusof, A Suresh, Norhasliza Mohd Pazal, Roslina Rameli dan Mohd Azhar Mohd Noor.



JUMLAH PELAJAR TINGKATAN 6 SMK JENGKA 2 TAHUN 1997

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
      Mengikut perangkaan bulan Julai pada tahun 1987 bilangan pelajar  SMK Jengka 2 berjumlah 1575 orang. Manakala bilangan guru pula ialah 78 orang. Berdasarkan bilangan pelajar dan komposisi sekolah pula SMK Jengka 2 mempunyai 48 buah kelas yang menampung seramai 1575 orang pelajar. Daripada jumlah itu 26 kelas merupakan kelas sesi pagi dan 22 kelas pula sesi petang. Dua kelas terapung masih berjalan dan terpaksa menumpang di Makmal Sains.

      Berikut perangkaan pelajar Tingkatan 6 Rendah SMK Jengka 2 tahun 1987;[1]

Tingkatan
Kelas

Melayu
Cina
India
J
L
P
L
P
L
P

6 Rendah
1
10
29
0
0
0
0
39





[2]Majalah Jaya,10.