OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
TEMPAT DEWAN AL-KHINDI
TARIKH 15 OGOS 2016
PESERTA PELAJAR PEPERIKSAAN PMR,SPM,DAN STPM
Objektif utama program ini ialah untuk
mendedahkan kaedah dan tip menjawab soalan kepada calon peperiksaan PMR, SPM
dan STPM di Sekolah Menengah Jengka 2.Raja Shamri bin Raja Hussin merupakan
seorang penceramah motivasi yang terkenal di Malaysia. Raja Shamri mendapat
pendidkan awal di SK Kampung Raja Pasir Puteh dan SMK Gaal Pasir Puteh
Kelantan.
YM Dr Raja Shamri bin Raja Husin
dilahirkan pada 25 Mac 1975 di Kampung Wakaf Bunut,Pasir Puteh Kelantan. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Pasir Puteh sebelum
melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Machang (SMSM) di peringkat
menengah. Setahun sahaja di SMSM, beliau terpaksa belajar ke sekolah harian
biasa kerana mengalami kesukaran untuk bergerak disebabkan kecacatan kaki yang
dialaminya semenjak dilahirkan lagi. Berkat ketekunan dan semangat yang tinggi
beliau kemudiannya ditawarkan ke Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu setelah
mendapat kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan SRP di Sekolah Menengah Gaal
Pasir Puteh.[1]
Setelah menamatkan pelajaran di MRSM
beliau ditawarkan pula ke Kolej Yayasan Pelajaran MARA dan kemudiannya ke
Northern Arizona University USA di bawah program anjuran MARA mengikuti kursus
di bidang Pentadbiran Perniagaan. Sekembalinya beliau dari luar negara, beliau
telah berkhidmat bersama beberapa syarikat swasta di Kuala Lumpur. Disebabkan
rasa tandus dan cinta kepada ilmu pengetahuan yang semakin bergelojak, beliau
kemudiannya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti
Teknologi MARA mengikuti kursus di Bidang Pengangkutan pula. Beliau
berpengalaman sebagai motivator selama enam belas tahun.
Melalui Program Motivasi ini, Dr Raja
Shamri berkongsi pengalaman hidupnya sebagai pelajar cacat yang miskin dan berjalan
menggunakan kaki kayu. Beliau mengingatkan pelajar supaya memberi tumpuan
semasa belajar untuk mudah memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru.Beliau
juga menasihati pelajar supaya datang awal ke sekolah dan membantu
mengangkat yang dibawa oleh guru.
Pelajar SMK Jengka 2 juga menasihati pelajar supaya menjauhi daripada menjauhi
daripada hubungan cinta yang boleh merosakkan masa depan mereka.
Dr Raja Shamri juga menjadikan kisah kemiskinan
keluarga yang menjadikan beliau seorang yang benar-benar tabah dan sentiasa
mahu mengubah nasib diri, keluarga dan masyarakat sebagai ikibar untuk menjadi
pelajar cemerlang. Kecatatan juga bukanlah penghalang untuk pelajar mencipta
kejayaan demi kejayaan di dalam hidup. Antara pesanan Dr Raja Shamri kepada
pelajar-pelajar SMK Jengka 2 ialah beliau lagi pelajar hendaklah sentiasa
merendahkan diri dan berfikiran positif, jaga solat subuh,bentuk personaliti
diri yang hebat,kurang makan ,ramai kawan,berdikari dan tidak pernah putus asa serta
sentiasa berdoa kepada Allah.[2]
Guru-guru Tinkatan 6 SMK Jengka 2 bergambar bersama pakar motivasi Dr Raja Shamri Raja
Husin
Guru-guru SMK Jengka 2 bergambar bersama pakar motivasi Dr Raja Shamri Raja Husin
Dr Raja Shamri menyampaikan cerama motivasi di Dewan Al-Khindi SMK Jengka 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan