OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Penyelidikan guru juga
merupakan elemen penting dalam penjenamaan semula Tingkatan 6. Sebagai
Penyelaas R&D saya berusaha untuk membudayakan R&D guru dan membuat penulisan di Blog
Sejarah.
Hari selasa 26 November 2013
saya ke MRSM Kuantan kerana menghantar anak saya yang menduduki ujian kelayakan
ke MRSM 2014 bagi pelajar Tingkatan 4. Oleh kerana masa peperiksaan jam
2.00-5.30 petang, maka saya mengambil kesempatan membuat penyelidikan sejarah
di Pantai Teluk Cempedak.
Gambar 2: Pandangan Kubu
British dari sisi.
Gambar 3: Kedudukan Kubu
berhampiran pantai Teluk Cempedak.
Sebagai persiapan awal menentang Jepun,
kerajaan British di Tanah Melayu telah membina kubu pertahanan di Pantai Teluk
Cempedak. British telah menempatkan Briged ke-22 India di Kuantan kerana
mejangka Jepun akan melakukan pendaratan dari laut, di pesisiran pantai negeri
Pahang. kawasan yang dikenalpasti
termasuklah Pantai Teluk Cempedak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan