OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Label
Isnin, 26 Februari 2018
Khamis, 22 Februari 2018
Rabu, 21 Februari 2018
Selasa, 20 Februari 2018
MENJADI GURU TINGKATAN 6 ATAS HAMKA 1998
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1998 saya ditugaskan
menjadi Guru Tingkatan 6 Atas Hamka. Tugas ini menyebabkan hubungan saya dengan
pelajar Tingkatan 6 Atas Hamka semakin rapat. Terutama dengan pelajar yang
tinggal di Felda Jengka 4. Setiap hari Wan Mohd Muhaidi Wan Ishak menumpang
kereta saya ke sekolah. Wan Muhaidi merupak Pengerusi PEPTINE tahun 1998.
Jumaat, 16 Februari 2018
TINGKATAN 6 SMK JENGKA 2 TAHUN 1997
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Tahun 1996 merupakan tahun kedua saya
mengajar di Tingkatan 6 di SMK Jengka 2. Selepas kejayaan cemerlang dalam
Peperiksaan STPM 1996 SAYA mengambil keputusan untuk tidak mengajar Tingkatan 6
atas dan menyerahkan kedua-dua kelas Tingkatan 6 Atas kepada Cik Mas Ibrahim.
Saya Cuma mengajar Tingkatan 6 Rendah Hamka sahaja. Ketika itu ramai pelajar
tingkatan 6 yang tinggal di Felda Jengka 4 menumpang kereta saya ke SMK Jengka
2 antaranya Wan Muhaidi yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Antara guru yang mengajar Tingkatan 6
pada tahun 1997 ialah Encik Encik Rusly Musa dan Puan Rohana binti Mohd Hussin,
Puan Arfah Ahmad, Puan Siti Ros binti Ismail, Encik Ayub Khan Ahmad, Encik
Mahadi Hassan, Mohd Zakuan Che Yussof, Zulkifli Amin Musa, Cik Mas Ibrahim, Cik
Zawani Razak, Puan Rosmati Mod Amin dan Puan Siti Perwani Abdul Ghafar,Encik
Yusof Abdullah dan Cik Mizan Nik Mohammad.[1]
TINGKATAN 6 SMK JENGKA 2 TAHUN 1996
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Aku memulakan tugas di Sekolah Menengah
Kebangsaan Jengka 2 pada hari Isnin 19 Januari 1996. Pada peringkat awal
kehidupan di SMK Jengka 2 sangat mencabar kerana saya kembali diberi kepercayaan
mengajar Sejarah Kertas 2 di kelas Tingkatan 6. Ketika itu ada dua kelas
Tingkatan 6 iaitu 6 Atas Sastera dan 6 Atas Geografi. Jumlah calon ketika itu
ialah 60 orang.[1]Aku
dipilih oleh Pengetua Hj. Abdullah Daud untuk menggantikan kawan lama Encik
Yusof Abdullah kawan sekelas semasa belajar di Universisti Kebangsaan Malaysia
dulu.
Aku merasa tugas ini amat berat kerana
terpaksa menguasai tajuk sejarah STPM Kertas 2 dengan pantas untuk memastikan
ramai pelajar mendapat Prinsipal A Sejarah STPM Kertas 2. Sebagai pelajar
Sarjana Sejarah aku banyak medapat ilmu sejarah dari pensyarah UKM di Jabatan
Sejarah seperti Dr. Nik Anuar Nik Mahmud, Dr Ahmad Ali Seman dan Dr Rusik.
Kelas 6 AG mudah menerima pengajaran saya
kerana sikap saya yang kelakar dan sukar berkawan dengan pelajar.
Pelajar-pelajar 6 Atas Sastera pula ramai yang suka cikgu yang tegas seperti
kawan baik saya cikgu Yusuf.
Pengurusan Tingkatan 6 ketika itu
berjalan lancar kerana Penyelaras Tingkatan 6 Encik Rusly bin Musa kerap mengadakan
mesyuarat bila ada masalah berlaku. Aku
mengajar dengan penuh tekun dan belajar teknik memeriksa Kertas Sejarah dari
skema STPM sebenar yang diberikan oleh cikgu Yusof Abdullah. Akhirnya semasa
keputusan diumumkan 29 orang pelajar mendapat A1 dan A2. Antara pelajar
cemerlang ketika itu ialah Noora binti Md Yusoff, Norhasfalela binti Abdullah,
Ritazaharah binti UahyaHasliza binti Daud, Mohd Najib bin Rashid, Noorafzan
Hashim, Yuzaini Ahmat, Hairulnizam Abdul Rahman dan Junaidah binti Abdul Rahim.[2]
Selasa, 13 Februari 2018
Langgan:
Catatan (Atom)