OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Muhammad Zain Mat dilahirkan di
Melaka Tengah. Beliau berhijrah ke Felda Jengka 2 bersama keluarganya pada
tahun 1971, ketika usianya 11 tahun.
Beliau mendapat pendidikan awal di peringkat sekolah rendah diMelaka. Pada
tahun 1973 Muhammad Zain Mat mendaftar diri sebagai pelajar generasi pertama di
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2, yang dibuka pada 1 Januari 1973.[1]
Cikgu Muhammad Zain Mat melawat saya di Bilik 2008
Menurut beliau Menurut Muhammad Zain
Mat,pelajar perintis SMK Jengka 2 tahun 1973, pembinaan Sekolah Menengah
Kebangsaan Jengka 2 pada tahun 1972 amat perlu kerana ramai peneroka yang
memasuki Felda Jengka 2 pada tahun 1971 telah mempunyai anak yang berumur 13
tahun yang akan melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Tingkatan
1.Manakala sekolah menengah yang berhampiran dengan Felda Jengka 2 ialah SM
Maran yang terletak jauh iaitu lebih kurang 50 kilometer dari Jengka 2 .[2]
Setelah tamat persekolahan peringkat SRP,
beliau melanjutkan pelajaran peringkat menengah atas di Melaka. Muhammad Zain
Mat kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan di Terengganu. Semasa di
Maktab Perguruan beliau beliau bergiat aktif dalam persembahan teater sehingga
pernah mengadakan persembahan teater di Indonesia.[3]
Beliau kemudiannya mengajar di SK Jengka
3, SK Jengka 2, SK Sungai Jerik. Beliau seterusnya menyambung pelajaran ke USM
melalui Program Pengajian Jarah Jauh. Setelah tamat pengajian beliau mengajar
di SMK Jengka 2 pada tahun 1995. Cikgu Muhammad Zain diberi tugas mengajar mata
pelajaran Kesusasteraan Melayu di Tingkatan 6 SMK Jengka 2.[4] Beliau
berpindah ke Kuantan pada tahun 2004.[5]
Setelah mengajar di Kuantan selama
sepuluh tahun Muhamad Zain Mat dilantik sebagai Nazir Kanan DG48 di Kuantan.
Beliau meninggal dunia setelah dimasukkan ke Wad Hospital Tengku Ampuan Afzan
Kuantan selama sebulan. Beliau meninggalkan seorang balu dan dua orang anak
perempuan.
Bersama cikgu Muhammad Zain Mat tahun 2010.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan