OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menurut Pengetua SMK Jengka 2, pagar
gelanggang permainan serbaguna yang dibuat secara gotong-royong oleh guru,
pekerja am dan pelajar sekolah siap pada tahun 1987. Pada tahun 1987 juga SMK Jengka 2 mendapat
peruntukan dari pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Pahang untuk
membina padang sekolah. Menurut Muhammad Zain Mat tapak asal padang sekolah
ialah tapak rumah Peneroka Tambahan Felda
Jengka 2.[1]
Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka
2 ini masih dalam proses penanaman rumput secara gotong-royong. Keadaan padang
belum sempurna dan memerlukan peruntukan untuk pembinaan pagar dan perparitan
serta tangga bertingkat.[2] Menurut
Haji Zawawi Ismail beliau bersama-sama dengan pelajar Asrama Sekolah Menengah
Kebangsaan Jengka 2 terlibat dengan projek gotong-royong menanam rumput di
Padang Sekolah. Menurut beliau lagi rumput yang tumbuh di sekitar sekolah
dicangkul dan dibawa turun untuk ditanam di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan
Jengka 2.[3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan